Thursday, March 24, 2011

Sikap Suami

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Golongan isteri atau wanita ialah manusia yang mempunyai hak tidak suka kepada lelaki kerana sifat-sifatnya. Maksudnya, lelaki tidak boleh egois dan merasa dirinya betul setiap masa. Lelaki atau suami wajar memperhatikan diri sendiri untuk tampil sebagai lelaki terbaik yang didampingi isteri.

Maksud baik di sini ialah baik di sisi Allah Taala dan baik juga di mata manusia lebih-lebih lagi baik di mata isteri. Ini kerana isterilah yang menghadap suaminya setiap hari.

Ingat, bahawa isteri ialah sahabat terdekat, tidak saja di dunia malah

mahu juga sampai ke syurga akhirat. Ðalam entry kali ini Laman-Seri

kongsikan 13 sifat suami yang tidak disukai isteri. Semoga menjadi

checklist untuk suami memperbaiki sikap buruk dan mudah-mudahan kita

mendapat walau sekelumit manafaat daripada entry ini.

1 – Tidak punya visi atau matlamat

Setiap isteri merindukan suami yang mempunyai visi atau matlamat hidup

yang jelas. Sesungguhnya hidup ini diciptakan bukan semata untuk hidup

tanpa tujuan, melainkan ada tujuan mulia.

Ðalam pembukaan surah an-Nisaa’ ayat 1, Allah SWT telah berfirman, mafhumnya, “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Ðan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”

Ðalam ayat ini Allah dengan tegas menjelaskan bahawa tujuan hidup

berumahtangga adalah untuk bertakwa kepada Allah. Takwa dalam erti

bersungguh mentaati-Nya. Apa yang Allah Taala haramkan, hendaklah

benar-benar dijauhi. Ðan apa yang Allah Taala perintahkan, hendaklah

benar-benar ditaati.

Namun apa yang terjadi kini, bukan sedikit lelaki atau suami menutup

kemaksiatan masing-masing. Isteri tidak dianggap penting. Ðosa demi

dosa dilakukannya baik di dalam rumah mahupun di luar rumah, tanpa

berasa takut kepada Allah Taala.

Ingatlah, bahawa setiap dosa pasti ada balasannya. Jika tidak mendapat

balasan cash di dunia ini, pasti tidak terlepas di akhirat nant.

Sungguh tidak sedikit rumahtangga hancur kerana tegarnya suami berbuat

dosa.

2 – Kasar

Ðalam sebuah riwayat dikatakan bahawa wanita diciptakan daripada

tulang rusuk yang bengkok. Hal ini menunjukkan bahawa tabiat wanita

tidak sama dengan tabiat lelaki. Ðisebabkan itulah, Rasulullah SAW

menjelaskan bahawa jika wanita itu dipaksa untuk menjadi seperti

lelaki, tulang rusuk itu akan patah. Ðan patahnya bererti talaknya.

Ðari sini nampak bahawa wanita mempunyai sifat ingin selalu

dilindungi, bukan diperlakukan secara kasar. Kerana itu Allah dan

Rasul-Nya memerintahkan suami secara khusus agar melayan isteri dengan

lemah lembut.

Bukan sedikit suami yang menganggap isteri seperti lembu yang boleh

dibantai dan disakiti sesuka hati, tanpa sedikit pun kenal belas

kasihan. Mentang-mentang badannya lebih kuat, lalu dia tidak

teragak-agak memukul isteri seenaknya. Ingatlah, bahawa isteri juga

manusia ciptaan Allah, sama seperti anda. Kepada haiwan pun kita patut

berbelas kasihan, apatah lagi kepada sesama manusia.

3 – Sombong

Sombong sebenarnya sifat syaitan. Allah Taala melaknat iblis kerana

kesombongannya. Wanita ialah makhluk yang lembut, kesombongan sangat

bertentangan dengan kelembutan wanita. Kerana itulah, isteri yang baik

tidak suka mempunyai suami yang sombong.

Sayangnya dalam kehidupan sehari-hari, sering terjadi suami merasa

boleh melakukan segalanya. Sehingga dia tidak mahu menganggap dan

tidak mahu mengingati jasa isterinya. Bahkan dia tidak mahu mendengar

kata-kata nasihat isteri.

Ingatlah, bahawa setiap anak dilahirkan kerana jasa dan kesabaran

isteri. Sabar dalam mengandung selama sembilan bulan dan sabar dalam

menyusui selama dua tahun. Sungguh banyak isteri menderita kerana

perilaku sombong seorang suami.

4 – Tertutup

Rasulullah SAW ialah contoh suami yang terbaik. Tidak ada daripada

sikapnya yang tidak diketahui isterinya. Baginda sangat terbuka kepada

isteri-isterinya. Apabila hendak berpergian dengan salah seorang

isterinya, baginda melakukan undian, agar tidak menimbulkan

kecemburuan daripada yang lainnya. Apabila Rasulullah SAW ingin

mendatangi salah seorang isterinya, baginda minta izin terlebih dahulu

kepada yang lain. Perhatikan betapa Rasulullah SAW sangat terbuka

dalam melayan isteri-isteri baginda.

Kini banyak kejadian suami menutup perbuatannya di luar rumah. Suami

tidak mahu berterus terang kepada isterinya. Apabila ditanya, selalu

jawapannya samar-samar. Lebih teruk, ada yang diam membisu seribu

bahasa. Entah ada mesyuarat di pejabat atau pertemuan bisnes dan

sebagainya. Padahal tidak demikian kejadiannya. Atau suami tidak mahu

berterus terang mengenai pendapatannya, atau tidak mahu menjelaskan ke

mana wangnya mengalir. Sikap semacam ini sangat tidak disukai wanita.

Bukan sedikit isteri terseksa dengan sikap suami yang begitu tertutup.

5 – Tegas tidak bertempat

Setiap wanita sangat mendambakan seorang suami yang mempunyai

pendirian. Bukan suami yang tegas tidak bertempat persis seorang

diktator. Tegas dalam erti punya sikap dan alasan yang jelas dalam

mengambil keputusan, tetapi pada masa yang sama, suami bermusyawarah,

lalu menentukan tindakan yang harus dilakukan dengan penuh keyakinan.

Dalam al-Quran juga suami dianjurkan agar bermusyawarah dengan isteri.

Ini dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Maka disebabkan

rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka.

Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka

menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka,

mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka

dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka

bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang

yang bertawakal kepada-Nya.” (QS 3:159)

“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan

mendirikan salat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah

antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami

berikan kepada mereka.” (QS 42:38)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud, “...dan musyawarahkanlah di

antara kamu (segala sesuatu), dengan baik...” (QS65:6)

6 – Pembohong

Banyak kes isteri terseksa kerana suami suka berbohong. Tidak mahu

jujur atas perbuatannya. Ingat, sepandai-pandai tupai melompat, pasti

akan jatuh ke tanah. Berbohong ialah sikap yang paling Allah benci,

bahkan Nabi mengganggap berbohong adalah sikap orang-orang yang tidak

beriman.

Tidak sedikit rumahtangga yang runtuh kerana pembohongan suami.

Ingatlah bahawa isteri tidak hanya memerlukan wang dan kemewahan

dunia. Lebih daripada itu, isteri ingin dirinya dihargai. Pembohongan

menghancurkan harga diri isteri. Tidak hairanlah ramai isteri bersedia

menghadapi perceraian kerana tidak sanggup hidup dengan suami

pembohong.

7 – Cengeng

Isteri lazimnya menginginkan suami yang tegar, bukan suami yang

cengeng. Benar, Abu Bakar As-Siddiq contoh suami yang selalu menangis,

tetapi beliau menangis bukan kerana cengeng sebaliknya kerana sentuhan

ayat-ayat al-Quran. Namun dalam sikap seharian, Abu Bakar jauh

daripada sikap cengeng. Abu Bakar sangat tegar dan penuh keberanian.

Suami yang cengeng, kelihatan serba tidak menyakinkan di depan isteri.

Isteri suka suami yang tampak gagah tetapi tidak sombong. Gagah dalam

erti penuh semangat dan tidak kenal lelah. Lebih daripada itu, tabah

dalam menghadapi pelbagai cubaan hidup.

8 – Pengecut

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan sedih dan

dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada lemah dan malas, aku

berlindung kepadamu daripada sikap bakhil dan penakut, dan aku

brlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan tekanan perasaan.”

Ðalam doa di atas, Rasulullah SAW minta perlindungan daripada sikap

penakut atau pengecut, mengapa? Sebabnya, sikap pengecut banyak

menghalangi sumber-sumber kebaikan. Ramai isteri yang tertahan

keinginannya kerana sikap pengecut suaminya. Ramai isteri terseksa

kerana suaminya tidak berani menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Isteri sangat tidak suka suami penakut dan pengecut. Mereka suka pada

suami yang berani. Sebab cabaran hidup sangat menuntut keberanian,

tetapi bukan nekad, melainkan berani dengan penuh pertimbangan yang

matang.

9 – Pemalas

Malas membuatkan seseorang itu tidak produktif. Banyak sumber rezeki

tertutup kerana kemalasan suami. Malas sering kali membuat rumahtangga

menjadi sempit dan terhimpit. Isteri sangat tidak suka kepada seorang

suami pemalas. Sebab adanya suami di rumah bukan memecahkan masalah,

melainkan menambahkan permasalahan. Sering kali sebuah rumahtangga

diwarnai kekecohan kerana malasnya seorang suami.

Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah

memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadis yang

bermaksud, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.”

Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh. Telah

thabit dari Rasulullah SAW bahawasanya baginda berdoa kepada Allah

supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang

diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam

Sahihnya, Rasulullah SAW melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang

berbaring pada waktu Subuh, maka baginda bersabda yang bermaksud,

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah

engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah

membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit

matahari.” (Hadis diriwayatkan al-Baihaqi)

Bersabda Rasulullah SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh

at-Tabarani di dalam al-Awsath yang bermaksud, “Berpagi-pagilah

(subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah

berkata dan kejayaan.”

10 – Cuai pada anak

Mendidik anak bukan saja tanggungjawab isteri semata-mata, malah lebih

daripada itu tanggungjawab suami. Kini banyak kita saksikan seorang

ayah sangat cuai kepada anaknya. Suami begini menganggap bahawa kerja

menguruskan anak adalah pekerjaan isteri. Sikap seperti inilah yang

sangat tidak disukai wanita.

11 – Menang sendiri

Setiap manusia mempunyai perasaan ingin dihargai pendapatnya. Begitu

juga isteri. Bukan sedikit isteri terseksa kerana sikap suami yang

selalu perasan merasa dia sahaja yang betul.

Kerana itu Umar bin Khattab lebih bersikap diam ketika isteri

bercakap. Hal ini contoh yang wajar diteladani. Umar beranggapan

bahawa hak isteri mengungkapkan kesalahan atau apa yang dirasakannya

terhadap suami. Hanya kepada suamilah tempat isteri mencurahkan isi

hatinya.

Oleh kerana itu, seorang suami hendaklah selalu berlapang dada. Tidak

ada ertinya merasa menang di hadapan isteri. Sebaik-baik sikap ialah

mengalah dan bersikap simpati dan memberikan perhatian. Ketika isteri

berleter misalnya, dia sangat mengharapkan suaminya bersikap seperti

bapa yang bersedia mendengar keluahan dan cerita anak. Ada pepatah

mengatakan : jadilah air ketika salah satunya menjadi api.

12 – Jarang berkomunikasi

Bukan sedikit isteri berasa kesepian ketika suami pergi atau berada di

luar rumah. Sebaik-baik suami ialah suami yang sering menghubungi

isterinya. Sama ada mengirimkan SMS atau menelefonnya. Ingat, bahawa

banyak masalah kecil menjadi besar hanya kerana ‘miscommunication’

ini. Selalu berkomunikasi boleh menentukan kebahagiaan rumahtangga.

Isteri merasa jengkel kalau tidak pernah dihubungi suami ketika di

luar rumah. Hal ini membuatkan isteri rasa diperlekehkan atau tidak

diperlukan. Isteri sangat suka kepada suami yang selalu

menghubunginya, sekalipun hanya sekadar menanyakan 'apa khabar' atau

'sudah makan?'.

13 – Tidak rapi dan tidak harum

Isteri sangat suka ketika suaminya selalu berpenampilan rapi.

Rasulullah SAW ialah contoh suami yang selalu rapi dan harum. Kerana

itulah isteri-isteri baginda suka dan bangga dengan baginda. Ingatlah,

bahawa Allah Maha Indah dan sangat menyukai keindahan. Maka kerapian

sebahagian daripada iman.

Tidak ukur baju di dalam sendiri, begitulah diibaratkan kepada sikap

sesetengah lelaki yang menganggap hanya isteri sahaja yang perlu

sentiasa tampil cantik walhal mereka sendiri tidak menjaga penampilan

terutama selepas bergelar suami.

Jika suami rapi, isteri bangga kerana orang akan menganggap dan

terkesan itu adalah kerana isteri pandai mengurus suami. Sebaliknya,

jika suami tidak rapi dan tidak harum, orang keliling akan menganggap

bahawa suami itu tidak diurus baik oleh isterinya. Suami yang rapi dan

harum ialah cermin peribadi isteri. Isteri akan tersinggung dan

terseksa ketika melihat suaminya sebarangan dalam penampilannya dan

menyebarkan bau yang tidak enak.

Wednesday, February 9, 2011

8 rahsia dan amalan utk org Islam yg ingin jadi kaya

1. Doa dan Istighfar
(Menjaga Hubungan yang Baik dengan Allah SWT)

Firman Allah SWT.
Surah Al-Mulk ayat 21:"Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran)Jagalah Allah SWT..Pasti Allah SWT tidak akan lupakan kita.

2. Membaca Surah Al-Waqiah setiap malam sebelum tidur.

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi'ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi'ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua."

3. Solat Berjemaah.

Tidak kira sibuk macam mana sekalipun.. tolonglah JANGAN TINGGALKAN MASJID DAN SOLAT BERJEMAAH.

4. Solat Dhuha.

Keberkatan rezeki Nabi SAW telah bersabda:Allah SWT berfirman: "Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu (mengurniakan rezeki yang cukup) sehingga di akhir hari itu." (Riwayat Ahmad)

5. Bertaubat kepada Allah SWT

(10)Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun.
(11) (Sekiranya kamu berbuat demikian),Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
(12) Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

Surah Nuh ayat 10 hingga 20:

6. Selawat Ke atas Nabi SAW

Amalkanlah membaca selawat paling kurang 100x sehari.

7. Solat Tahajjud dan Qiyamullail

Waktu sepertiga malam setiap doa yang dipohonkan akan dimakbulkan Allah SWT."Allah SWT suka mengabulkan permohonan orang yang memohon kepada-Nya."Doa akan diterima dan dimakbulkan oleh Allah SWT.

8. Sedekah

Rezeki tidak habis kerana bersedekah tapi salah satu sebab bertambahnya rezeki adalah melalui sedekah.Rasulullah SAW bersabda:"Siapa bersedekah seberat kurma dari hasil kerja yang baik, maka Allah SWT akan menerimanya sesungguhnya Allah menerima sedekah itu dengan kanannya dan memberkatinya kemudian menggandakan untuk pemiliknya sebagaimana salah seorang kamu menggandakan belanjanya. Sehingga sesuap saja akan menjadi seperti Gunung Uhud."

Saturday, January 8, 2011

Petua Untuk Rajin Bersolat ( Doa Nabi Ibrahim A.S )




Jika anda ingin jadi orang yang rajin mengerjakan Solat, amalkanlah doa ini.

Bacalah selalu Surah Ibrahim: Ayat 40


Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.


"Surah Ibrahim: Ayat 40-43

[40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

[41] Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

[42] Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

[43] (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas). 

Wednesday, December 15, 2010

Esok 16 Dec 2010 adalah bersamaa 10 Muharram 1432H

PUASA HARI ASSYURA 10 MUHARRAM

Dalil tentang berpuasa pada hari ini ialah :

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه .

(متفق عليه)

Maksudnya :

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Assyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa.


Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : صوموا يوم عاشوراء ، وخالفوا فيه اليهود ، صوموا قبله يوما ، أو بعده يوما . وفي رواية : لئن بقيت إلى قابل لأصومن اليوم التاسع

Maksudnya :

Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.


Dan dalam riwayat lain : Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke-9.


10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.(3) Dicipta Adam a.s.(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.(7) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.(9) Lemasnya Firaun.(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

Para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah :

Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.Puasa pada hari ke 9 dan 10 MuharramPuasa pada hari ke 10 sahaja.

14 PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA

1.Melapangkan masa / belanja anak isteriFadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2.Memuliakan fakir miskinFadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3.Menahan marahfadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4.Menunjukkan orang sesatFadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5.Menyapu / mengusap kepala anak yatimFadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6.BersedekahFadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7.Memelihara kehormatan diriFadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8.Mandi SunatFadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itulafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"

9.BercelakFadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kaliFadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11.Sembahyang sunat empat rakaat

Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12.Membaca"hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13.Menjamu orang berbuka puasaFadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14.PuasaNiat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Mudah-Mudahan kita diberi taufiq untuk mengamalkannya dan menyampaikannya kepada saudara-saudara Islam kita yang lain. InsyaAllah..

Saturday, November 27, 2010

Erti D.U.I.T


D
Kita memerlukan D.
D = Doa. Pasti kita perlu doa untuk berjaya di dunia dan akhirat, semua orang di dunia ini mesti berdoa untuk sukses dan jika kita rajin beribadah,pasti doa kita akan dikabulkan Allah SWT.Namun jika doa kita tidak dimakbulkan, mungkin ada hikmah disebaliknya hanya Allah SWT yang mengetahui.
U
Kita memerlukan U.
U = Usaha. Setelah berdoa kita perlu usaha. Doa tanpa usaha bagaikan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada Allah SWT. Percayalah walaupun kita berdoa sepanjang hari tanpa berusaha susah doa kita akan terkabul.
I
Kita memerlukan I.
I = Ikhtiar. setelah Usaha kita perlu Ikhtiar. Ikhtiar adalah usaha manusia untuk memenuhi keperluan dalam hidupnya, samada material, spiritual, kesihatan, dan masa depannya agar tujuan hidupnya selamat sejahtera dunia dan akhirat terpenuhi. Jika kita telah berusaha tetapi tidak berjaya kita berikhtiar dengan mencari di mana silapnya usaha kita itu dan mungkin juga cara kita berdoa.
T
Kita memerlukan T.
T = Tawakal. Setelah kita melakukan yang diatas kita perlu Tawakal. Tawakal adalah pasrah kepada Qada dan Qadar Allah SWT. Jangan berputus asa jika kita belum ditakdirkan mendapat apa yang kita citakan.
Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rezeki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).

Layari Link Dibawah Ini Untuk Info