Thursday, March 24, 2011

Sikap Suami

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Golongan isteri atau wanita ialah manusia yang mempunyai hak tidak suka kepada lelaki kerana sifat-sifatnya. Maksudnya, lelaki tidak boleh egois dan merasa dirinya betul setiap masa. Lelaki atau suami wajar memperhatikan diri sendiri untuk tampil sebagai lelaki terbaik yang didampingi isteri.

Maksud baik di sini ialah baik di sisi Allah Taala dan baik juga di mata manusia lebih-lebih lagi baik di mata isteri. Ini kerana isterilah yang menghadap suaminya setiap hari.

Ingat, bahawa isteri ialah sahabat terdekat, tidak saja di dunia malah

mahu juga sampai ke syurga akhirat. Ðalam entry kali ini Laman-Seri

kongsikan 13 sifat suami yang tidak disukai isteri. Semoga menjadi

checklist untuk suami memperbaiki sikap buruk dan mudah-mudahan kita

mendapat walau sekelumit manafaat daripada entry ini.

1 – Tidak punya visi atau matlamat

Setiap isteri merindukan suami yang mempunyai visi atau matlamat hidup

yang jelas. Sesungguhnya hidup ini diciptakan bukan semata untuk hidup

tanpa tujuan, melainkan ada tujuan mulia.

Ðalam pembukaan surah an-Nisaa’ ayat 1, Allah SWT telah berfirman, mafhumnya, “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Ðan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”

Ðalam ayat ini Allah dengan tegas menjelaskan bahawa tujuan hidup

berumahtangga adalah untuk bertakwa kepada Allah. Takwa dalam erti

bersungguh mentaati-Nya. Apa yang Allah Taala haramkan, hendaklah

benar-benar dijauhi. Ðan apa yang Allah Taala perintahkan, hendaklah

benar-benar ditaati.

Namun apa yang terjadi kini, bukan sedikit lelaki atau suami menutup

kemaksiatan masing-masing. Isteri tidak dianggap penting. Ðosa demi

dosa dilakukannya baik di dalam rumah mahupun di luar rumah, tanpa

berasa takut kepada Allah Taala.

Ingatlah, bahawa setiap dosa pasti ada balasannya. Jika tidak mendapat

balasan cash di dunia ini, pasti tidak terlepas di akhirat nant.

Sungguh tidak sedikit rumahtangga hancur kerana tegarnya suami berbuat

dosa.

2 – Kasar

Ðalam sebuah riwayat dikatakan bahawa wanita diciptakan daripada

tulang rusuk yang bengkok. Hal ini menunjukkan bahawa tabiat wanita

tidak sama dengan tabiat lelaki. Ðisebabkan itulah, Rasulullah SAW

menjelaskan bahawa jika wanita itu dipaksa untuk menjadi seperti

lelaki, tulang rusuk itu akan patah. Ðan patahnya bererti talaknya.

Ðari sini nampak bahawa wanita mempunyai sifat ingin selalu

dilindungi, bukan diperlakukan secara kasar. Kerana itu Allah dan

Rasul-Nya memerintahkan suami secara khusus agar melayan isteri dengan

lemah lembut.

Bukan sedikit suami yang menganggap isteri seperti lembu yang boleh

dibantai dan disakiti sesuka hati, tanpa sedikit pun kenal belas

kasihan. Mentang-mentang badannya lebih kuat, lalu dia tidak

teragak-agak memukul isteri seenaknya. Ingatlah, bahawa isteri juga

manusia ciptaan Allah, sama seperti anda. Kepada haiwan pun kita patut

berbelas kasihan, apatah lagi kepada sesama manusia.

3 – Sombong

Sombong sebenarnya sifat syaitan. Allah Taala melaknat iblis kerana

kesombongannya. Wanita ialah makhluk yang lembut, kesombongan sangat

bertentangan dengan kelembutan wanita. Kerana itulah, isteri yang baik

tidak suka mempunyai suami yang sombong.

Sayangnya dalam kehidupan sehari-hari, sering terjadi suami merasa

boleh melakukan segalanya. Sehingga dia tidak mahu menganggap dan

tidak mahu mengingati jasa isterinya. Bahkan dia tidak mahu mendengar

kata-kata nasihat isteri.

Ingatlah, bahawa setiap anak dilahirkan kerana jasa dan kesabaran

isteri. Sabar dalam mengandung selama sembilan bulan dan sabar dalam

menyusui selama dua tahun. Sungguh banyak isteri menderita kerana

perilaku sombong seorang suami.

4 – Tertutup

Rasulullah SAW ialah contoh suami yang terbaik. Tidak ada daripada

sikapnya yang tidak diketahui isterinya. Baginda sangat terbuka kepada

isteri-isterinya. Apabila hendak berpergian dengan salah seorang

isterinya, baginda melakukan undian, agar tidak menimbulkan

kecemburuan daripada yang lainnya. Apabila Rasulullah SAW ingin

mendatangi salah seorang isterinya, baginda minta izin terlebih dahulu

kepada yang lain. Perhatikan betapa Rasulullah SAW sangat terbuka

dalam melayan isteri-isteri baginda.

Kini banyak kejadian suami menutup perbuatannya di luar rumah. Suami

tidak mahu berterus terang kepada isterinya. Apabila ditanya, selalu

jawapannya samar-samar. Lebih teruk, ada yang diam membisu seribu

bahasa. Entah ada mesyuarat di pejabat atau pertemuan bisnes dan

sebagainya. Padahal tidak demikian kejadiannya. Atau suami tidak mahu

berterus terang mengenai pendapatannya, atau tidak mahu menjelaskan ke

mana wangnya mengalir. Sikap semacam ini sangat tidak disukai wanita.

Bukan sedikit isteri terseksa dengan sikap suami yang begitu tertutup.

5 – Tegas tidak bertempat

Setiap wanita sangat mendambakan seorang suami yang mempunyai

pendirian. Bukan suami yang tegas tidak bertempat persis seorang

diktator. Tegas dalam erti punya sikap dan alasan yang jelas dalam

mengambil keputusan, tetapi pada masa yang sama, suami bermusyawarah,

lalu menentukan tindakan yang harus dilakukan dengan penuh keyakinan.

Dalam al-Quran juga suami dianjurkan agar bermusyawarah dengan isteri.

Ini dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Maka disebabkan

rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka.

Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka

menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka,

mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka

dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka

bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang

yang bertawakal kepada-Nya.” (QS 3:159)

“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan

mendirikan salat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah

antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami

berikan kepada mereka.” (QS 42:38)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud, “...dan musyawarahkanlah di

antara kamu (segala sesuatu), dengan baik...” (QS65:6)

6 – Pembohong

Banyak kes isteri terseksa kerana suami suka berbohong. Tidak mahu

jujur atas perbuatannya. Ingat, sepandai-pandai tupai melompat, pasti

akan jatuh ke tanah. Berbohong ialah sikap yang paling Allah benci,

bahkan Nabi mengganggap berbohong adalah sikap orang-orang yang tidak

beriman.

Tidak sedikit rumahtangga yang runtuh kerana pembohongan suami.

Ingatlah bahawa isteri tidak hanya memerlukan wang dan kemewahan

dunia. Lebih daripada itu, isteri ingin dirinya dihargai. Pembohongan

menghancurkan harga diri isteri. Tidak hairanlah ramai isteri bersedia

menghadapi perceraian kerana tidak sanggup hidup dengan suami

pembohong.

7 – Cengeng

Isteri lazimnya menginginkan suami yang tegar, bukan suami yang

cengeng. Benar, Abu Bakar As-Siddiq contoh suami yang selalu menangis,

tetapi beliau menangis bukan kerana cengeng sebaliknya kerana sentuhan

ayat-ayat al-Quran. Namun dalam sikap seharian, Abu Bakar jauh

daripada sikap cengeng. Abu Bakar sangat tegar dan penuh keberanian.

Suami yang cengeng, kelihatan serba tidak menyakinkan di depan isteri.

Isteri suka suami yang tampak gagah tetapi tidak sombong. Gagah dalam

erti penuh semangat dan tidak kenal lelah. Lebih daripada itu, tabah

dalam menghadapi pelbagai cubaan hidup.

8 – Pengecut

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan sedih dan

dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada lemah dan malas, aku

berlindung kepadamu daripada sikap bakhil dan penakut, dan aku

brlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan tekanan perasaan.”

Ðalam doa di atas, Rasulullah SAW minta perlindungan daripada sikap

penakut atau pengecut, mengapa? Sebabnya, sikap pengecut banyak

menghalangi sumber-sumber kebaikan. Ramai isteri yang tertahan

keinginannya kerana sikap pengecut suaminya. Ramai isteri terseksa

kerana suaminya tidak berani menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Isteri sangat tidak suka suami penakut dan pengecut. Mereka suka pada

suami yang berani. Sebab cabaran hidup sangat menuntut keberanian,

tetapi bukan nekad, melainkan berani dengan penuh pertimbangan yang

matang.

9 – Pemalas

Malas membuatkan seseorang itu tidak produktif. Banyak sumber rezeki

tertutup kerana kemalasan suami. Malas sering kali membuat rumahtangga

menjadi sempit dan terhimpit. Isteri sangat tidak suka kepada seorang

suami pemalas. Sebab adanya suami di rumah bukan memecahkan masalah,

melainkan menambahkan permasalahan. Sering kali sebuah rumahtangga

diwarnai kekecohan kerana malasnya seorang suami.

Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah

memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadis yang

bermaksud, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.”

Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh. Telah

thabit dari Rasulullah SAW bahawasanya baginda berdoa kepada Allah

supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang

diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam

Sahihnya, Rasulullah SAW melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang

berbaring pada waktu Subuh, maka baginda bersabda yang bermaksud,

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah

engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah

membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit

matahari.” (Hadis diriwayatkan al-Baihaqi)

Bersabda Rasulullah SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh

at-Tabarani di dalam al-Awsath yang bermaksud, “Berpagi-pagilah

(subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah

berkata dan kejayaan.”

10 – Cuai pada anak

Mendidik anak bukan saja tanggungjawab isteri semata-mata, malah lebih

daripada itu tanggungjawab suami. Kini banyak kita saksikan seorang

ayah sangat cuai kepada anaknya. Suami begini menganggap bahawa kerja

menguruskan anak adalah pekerjaan isteri. Sikap seperti inilah yang

sangat tidak disukai wanita.

11 – Menang sendiri

Setiap manusia mempunyai perasaan ingin dihargai pendapatnya. Begitu

juga isteri. Bukan sedikit isteri terseksa kerana sikap suami yang

selalu perasan merasa dia sahaja yang betul.

Kerana itu Umar bin Khattab lebih bersikap diam ketika isteri

bercakap. Hal ini contoh yang wajar diteladani. Umar beranggapan

bahawa hak isteri mengungkapkan kesalahan atau apa yang dirasakannya

terhadap suami. Hanya kepada suamilah tempat isteri mencurahkan isi

hatinya.

Oleh kerana itu, seorang suami hendaklah selalu berlapang dada. Tidak

ada ertinya merasa menang di hadapan isteri. Sebaik-baik sikap ialah

mengalah dan bersikap simpati dan memberikan perhatian. Ketika isteri

berleter misalnya, dia sangat mengharapkan suaminya bersikap seperti

bapa yang bersedia mendengar keluahan dan cerita anak. Ada pepatah

mengatakan : jadilah air ketika salah satunya menjadi api.

12 – Jarang berkomunikasi

Bukan sedikit isteri berasa kesepian ketika suami pergi atau berada di

luar rumah. Sebaik-baik suami ialah suami yang sering menghubungi

isterinya. Sama ada mengirimkan SMS atau menelefonnya. Ingat, bahawa

banyak masalah kecil menjadi besar hanya kerana ‘miscommunication’

ini. Selalu berkomunikasi boleh menentukan kebahagiaan rumahtangga.

Isteri merasa jengkel kalau tidak pernah dihubungi suami ketika di

luar rumah. Hal ini membuatkan isteri rasa diperlekehkan atau tidak

diperlukan. Isteri sangat suka kepada suami yang selalu

menghubunginya, sekalipun hanya sekadar menanyakan 'apa khabar' atau

'sudah makan?'.

13 – Tidak rapi dan tidak harum

Isteri sangat suka ketika suaminya selalu berpenampilan rapi.

Rasulullah SAW ialah contoh suami yang selalu rapi dan harum. Kerana

itulah isteri-isteri baginda suka dan bangga dengan baginda. Ingatlah,

bahawa Allah Maha Indah dan sangat menyukai keindahan. Maka kerapian

sebahagian daripada iman.

Tidak ukur baju di dalam sendiri, begitulah diibaratkan kepada sikap

sesetengah lelaki yang menganggap hanya isteri sahaja yang perlu

sentiasa tampil cantik walhal mereka sendiri tidak menjaga penampilan

terutama selepas bergelar suami.

Jika suami rapi, isteri bangga kerana orang akan menganggap dan

terkesan itu adalah kerana isteri pandai mengurus suami. Sebaliknya,

jika suami tidak rapi dan tidak harum, orang keliling akan menganggap

bahawa suami itu tidak diurus baik oleh isterinya. Suami yang rapi dan

harum ialah cermin peribadi isteri. Isteri akan tersinggung dan

terseksa ketika melihat suaminya sebarangan dalam penampilannya dan

menyebarkan bau yang tidak enak.

No comments:

Layari Link Dibawah Ini Untuk Info